Sunday, May 3, 2009

Swine Flu - Update

Mengikut kenyataan CDC (Centers for Disease Control and Prevention) sehingga kini belum ada vaksin untuk penyakit demam selsema babi (virus H1N1). Anda disarankan mengamalkan langkah berjaga-jaga untuk menghalang penyebaran kuman penyebab penyakit-penyakit berkaitan sistem respirasi seperti influenza. Langkah-langkah berikut boleh dilakukan sebagai amalan harian:
.
1) menutup mulut dan hidung dengan tisu ketika bersin atau batuk,
.
2) kerap membasuh tangan dengan sabun dan air, terutamanya selepas bersin atau batuk,
.
3) elakkan daripada bersentuh secara langsung dengan pesakit,
.
4) seberapa boleh, elakkan daripada menyentuh mata, hidung dan mulut anda kerana kuman biasanya merebak dangan cara ini.
.
Rajah di bawah (ehsan AFP) menunjukkan bagaimana kompleksnya virus influenza yang sekian lama menjadi ilusi kepada penyelidik perubatan kerana keupayaannya berubah struktur genetik yang seterusnya melepasi sistem imuniti perumah.
.

Grafik dengan ehsan AFP

Sekiranya anda anda sakit sehingga 7 hari selepas anda mengalami tanda-tanda sakit, anda disarankan berehat di rumah. Juga, teruskan berehat sehingga sekurang-kurangnya 24 jam selepas tanda-tanda sakit anda hilang.

.

Semoga anda, dengan berkat usaha anda dan rahmatNya mengikut kepercayaan masing-masing, akan terlindung daripada malapetaka.

Bacaan selanjutnya - Flu H1N1 (Swine Flu) dan Anda.
.

No comments: