Sunday, May 10, 2009

Kyoto Box - Solar Cooker

Memasak tanpa menggunakan tenaga elektrik, kayu api, atau gas? Boleh! Malah ianya sangat mudah dan murah, sekurang-kurangnya itu pendapat Jon Bøhmer, individu yang telah mencipta Kotak Kyoto (Kyoto Box). Untuk ciptaannya Bohmer telah memenangi USD75,000 daripada penganjur pertandingan, Forum for the Future.

Pembuatan Kotak Kyoto sangat ringkas, murah (kira-kira $7 sahaja) dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. Terdiri daripada dua kotak kadbod, kotak yang kecil sedikit dicat hitam untuk menyerap tenaga haba dari matahari dan ditutup dengan akrilik (kepingan lutsinar seperti plastik/cermin) untuk memerangkap haba tadi.
.


Kotak ini seterusnya dimasukkan ke dalam kotak yang lebih besar sedikit yang telah dilapisi helaian aluminium terlebih dahulu. Helaian aluminium ini bertujuan memfokuskan haba matahari ke arah kotak kecil. Pada hari yang terik, suhu dalam kotak kecil boleh mencapai 80 darjah Celcius dengan cepat.

Ciptaan ringkas ini dikatakan sesuai digunakan tempat-tempat di mana tiada bekalan tenaga letrik dan tempat dimana sumber bahan bakar (kayu api, gas dan sebagainya) sukar diperolehi.

Walaupun terdapat banyak bantahan dan sindiran daripada masyarakat moden mengenai kesesuaian dan praktikaliti kotak ini tetapi saya berpendapat ciptaan sebegini rupa layak diberi pengiktirafan kerana ia berpotensi untuk mmberi manfaat kepada berjuta-juta penduduk di tempat-tempat seperti Afrika dan Arab (gurun), India dan China (penduduk padat & ruang terhad), dan tempat-tempat lain yang masih ketinggalan dari segi pembangunan.

.

4 comments:

shirley said...

nice info.
bguna ni klu bawa d hutan2..hehe

Kadazan Man in New York said...

so what happen if is a rainy day?? or say at night when i feel like having rice for dinner?

floyd said...

good question kadazan_man! So, no need to eat and drink i suppose hehehe.
but seriously, this slow cooker is not suited for all occassions; sort of like..useful & makes life easier for many while not practical for others.

Unknown said...

Wah..thisis genius...have u try it?