Friday, February 3, 2012

SESB: Kemukakan Segera Permohonan

Salam sejahtera.

Selari dengan hasrat kerajaan untuk mensasarkan liputan bekalan eletrik kepada 95% di Sabah tahun ini, SESB telah menggesa mana-mana kampung dan peserta Projek Bantuan Rumah yang belum mendapat bekalan elektrik agar membuat permohonan rasmi di pejabat daerah atau pejabat SESB terdekat.

Berikut disertakan keratan akhbar mengenai kenyataan tersebut.

Harian Express: 2 Februari 2012


Sekiranya anda merasakan Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat, UPKR, atau pihak bertanggungjawab lain di tempat anda tidak memberikan khidmat sebagaimana yang anda harapkan, apakata anda sebagai badan JKKK membuat permohonan rasmi terus kepada Pejabat Daerah dan SESB?

Gunakan keratan akhbar ini sebagai testimoni dalam surat permohonan anda, yang juga menunjukkan pendekatan pro-aktif pihak TNB/SESB untuk memastikan semua kampung, jauh atau terpencil, mendapat peluang yang sama rata.

Sekiranya anda tercari-cari masa dan peluang keemasan untuk melobi pembangunan luar bandar di tempat anda, inilah masanya! Buat surat permohonan rasmi, sertakan salinan kertaskerja terdahulu, minta pengesahan atau perakuan YB ADUN dan hantar sendiri permohonan atau surat susulan tersebut kepada SESB.

Come on, 95% for 2012 and let's do our part to make it 100% by 2013. Nothing is impossible as, where there is a will there is a way!

4 comments:

tehr said...

Salah satu keperluan asas ni
Harap semua rakyat mendapat kemudahan seperti ini

Charlie said...

This is good news for us specially those who are still in the dark at night ^_^

kay masingan said...

hmm..last year kami ada apply untuk sambung bekalan ke rumah kami, minta bantuan dari SESB tapi x dapat. semua kos kami tanggung. Mahal juga, dlm RM2800 rasanya. mungkin sebab 1 rumah saja dorang x mau buat kali kan..

de engineur said...

@tehr. Betul bro! Kalau dah keperluan asas tu, peruntukan pun sepatutnya asaa/fundamental/priority lah kan. Jgn tunda lama2

@Nath. Hope it's good news going beyond the hu-ha hu-ha in March 2012

@kay masingan. Prosedur memang mcm tu. Semua kos permulaan ditanggung pengguna (capital contribution). Tapi klu dpt bantuan/peruntukan dari mana2 pihak utk kos permulaan ni, kira bonus sdh