Showing posts with label Sabah Fest; Sabah Fest 2011. Show all posts
Showing posts with label Sabah Fest; Sabah Fest 2011. Show all posts

Monday, May 30, 2011

Sabah Fest 2011

bajau handicraft800Selamat Datang ke Pesta Sabah (Sabah Fest) 2011.

Kepada En. Phillipus dan Pn. Maria yang saya temui di Sabah Fest 2011 baru-baru ini, maaf kerana entri yang sangat lewat.

Mereka adalah antara peserta pameran yang sempat saya temu-bual ketika berlangsungnya Sabah Fest 2011 bertempat di Magellan Sutera Kota Kinabalu, Sabah.



Sabah Fest 2011 merupakan acara kebudayaan terbesar Sabah yang memaparkan kisah rakyat mengenai tujuh bersaudara bertajuk "Papakang: The Odyssey of Seven Brothers".  Kisah ini menceritakan mengenai tujuh anak lelaki Nunuk Ragang, ketua Kampung Tompios di daerah Ranau, dan berkisar pada pengembaraan anak lelaki bongsunya Aki Lintobon ke seluruh pelusuk negeri untuk menyatukan keluarganya dan batu mistik papakang.


Nunuk Ragang
Gambar diambil pada Julai 2010 semasa melawat lokasi ini
Replika gergasi tuod (banir) pokok Nunuk Ragang di Tompios, Ranau. Lagenda mengatakan kononnya di sinilah penempatan asal orang Dusun di Sabah, Borneo.


Saya sendiri tidak pernah mendengar cerita dongeng ini sehinggalah ia disebut semasa pesta kebudayaan Sabah tahun ini. Agak malang kerana tidak sempat menonton teater mengenainya kali ini. Difahamkan tiket-tiket dijual pada harga RM30 - RM50.

Saya setuju dengan kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun bahawa sudah tiba masanya orang ramai menerima kenyataan yang kita perlu membayar untuk menyaksikan persembahan kebudayaan; sama seperti kita membayar untuk menonton konsert nyanyian.


Koleksi gambar ini saya ambil di lobi pameran di luar dewan teater Magellan Sutera.

ceiling decor800b
Ruang pameran yang eksklusif dan selesa.



murut costume600x840 w-frame
Pn. Maria Mariana memperagakan pakaian tradisional suku kaum Murut


murut-sabahfest600x800 TheGM
Corak lain pakaian tradisi kaum Murut


nice fit
"Ngam kah?" - Pn Maria mesra melayan pengunjung yang ingin mencuba pakaian tradisi yang dipamerkan. Bagi pengunjung yang berminat, pakaian-pakaian tradisi tersebut adalah untuk dijual.


Modern Murut attire, kepunyaan Pn Maria di Lawas boleh dihubungi di telefon 019-8858157. Harga pakaian-pakaian tradisi beliau sangat berpatutan dan pada hemat saya lebih murah daripada beberapa butik pakaian tradisi di sekitar Kota Kinabalu.


bamboo saxophone
Artis, Phillipus Jani memainkan sekasfon yang diperbuat daripada bambu. Beliau sudah bergiat dalam pembuatan peralatan muzik daripada bambu sejak beberapa tahun dan mempunyai syarikatnya sendiri, Bambuza Productions.

Beliau boleh dihubungi di somporingsabah@yahoo.com; beliau juga menyediakan khidmat sebagai artis pengiring (sekasfon) dalam acara-acara tradisi dan moden.


wood kulintangan800 The GM
"Macam piano juga ni, bunyinya boleh di kasi tune macam Do Re Me" - rakan Phillipus dengan alat kulintangan gabang kayu (wooden xylophone) diperbuat daripada kayu ringan.



lepa-lepa800
Kediaman unik - Replika sebuah Lepa yang merupakan rumah tradisi etnik Bajau (Semporna) sejak dahulu kala. Rumah kediaman yang cukup menarik perhatian.



painting800x900 frame
Pameran lukisan daripada Galeri Seni Sabah.


live portrait painting800
"Jangan goyang-goyang aah" - Artis, IdaMan membuat demonstrasi live painting. Senyuman sentiasa terpampang di wajah beliau semasa melukis. Best!


live paintings800
Mantap...! - beberapa karya nukilan IdaMan.


Jumpa lagi di Sabah Fest 2012. Pesta tahun depan dijangka diadakan pada tarikh yang hampir sama.