Monday, April 20, 2009

Harvest Festival 2009

Tahun ini perayaan Pesta Kaamatan peringkat Negeri Sabah diberi tema:

“TOGETHER WE MOULD A BETTER FUTURE”
" BERSAMA MEMBENTUK MASA DEPAN YANG LEBIH BAIK”
"MIISO MOMORUN DO SUAB DI LOBI KOMOGOTON”

Perayaan-perayaan peringkat Daerah akan diadakan seperti berikut:
.
*Senarai di atas adalah setakat 17 ac 2009 dan belum muktamad

Acara pembukaan tahun ini diadakan di Dewan Masyarakat Baru, Papar pada 1 May 2009 dengan penganjurannya dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Papar, En. Iman Ali manakala Setiausaha Penganjur adalah En. Benjamin Yundang.
.
Semasa upacara ini, selain daripada ritual tetap yang sudah sinonim dengan perayaan Pesta Kaamatan, juga diadakan beberapa acara penyeri seperti hidangan makanan tradisional, tapai, lihing, dan permainan-permainan tradisional kaum Kadazan dan Dusun. Jangan lupa, ketika itu jugalah pertandingan ratu pesta, Unduk Ngadau, akan diadakan bagi daerah Papar.

Acara penutupan pada 30-31 Mei 2009 yang juga merupakan kemuncak perayaan selama sebulan Pesta Kaamatan akan diadakan di Hongkod KDCA, dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Sabah.
.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi:
KDCA HEADQUARTERS, HONGKOD KOISAAN
KM8 JALAN PENAMPANG, WDT 39, 89509 PENAMPANG, SABAH, MALAYSIA
TEL: 6 088 713696/713337; FAX: 6 088 713350
EMAIL: kdcahq@yahoo.com or koisaan@yahoo.com

Anda juga boleh melayari laman web KDCA di sini.
.

No comments: