Friday, December 9, 2011

Taklimat Bantuan Rakyat 1Malaysia

Salam sejahtera.

Taklimat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) peringkat Daerah Tuaran telah diadakan hari ini (9 Disember 2011) di Dewan Tun Hamdan, Tamparuli. Taklimat ini merupakan inisiatif Kementerian Kewangan Malaysia melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kota Kinabalu.

Entri ini bertujuan memberi penerangan kepada anda yang belum menghadiri mana-mana taklimat seumpama ini.

Bantuan Tunai RM500 kepada ketua keluarga isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah akan memberi implikasi kewangan dianggarkan sebanyak RM2.6 bilion yang akan memberi memanfaat kepada 5.2 juta isi rumah.

Borang pendaftaran akan diedarkan mulai 10 Disember 2011 (Sabtu) dengan tempoh permohonan sehingga 10 Januari 2012.

Pembayaran BR1M akan dilaksanakan dalam beberapa majlis penyampaian selama tempoh dua bulan, mulai 15 Januari 2012. Sekiranya penerima tidak dapat menghadiri majlis penyampaian tersebut, baucar boleh dituntut di Pejabat Daerah. Baucar-baucar tersebut boleh ditunaikan di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional, BSN.

Berikut adalah ringkasan kepada taklimat BR1M peringkat Daerah Tuaran dan difahamkan bahawa format taklimat-taklimat di daerah lain seluruh negara telah diselaraskan bagi tujuan keseragaman:-

***************************************************************************************
Tarikh: 9 Disember 2011
Masa: 9.00am - 12.00 tengahari
Tempat: Dewan Tun Hamdan, Tamparuli, Sabah
***************************************************************************************

1a


2


3


3a


4


5


6


7


BILIK OPERASI KHAS
Talian Hotline 1-800-222-500 akan mula beroperasi pada 7 Disember 2011
Pegawai MOF akan bertugas dari 9 pagi – 5 petang, (Isnin-Jumaat)
Pejabat SUK dan Pejabat Daerah mewujudkan Bilik Operasi Khas

Dirasakan taklimat sedemikian amat penting memandangkan rakyat Malaysia yang layak mahupun yang tidak layak masih tertanya-tanya tentang cara memohon dan di manakah mereka boleh berbuat demikian.

Akhir kata, jumlah bantuan RM500 tidaklah banyak jika dibandingkan dengan kos sara hidup sekarang tetapi seperti kata orang, kalau dah diberi tu ambik saja lah!

11 comments:

kay masingan said...

di Kota Marudu hari ni baru taklimat di adakan..

tehr said...

yang layak dan mahu
elok la usahakan ambil borang
kan?

de engineur said...

Mengikut tinjauan akhbar di Sabah, yang 100% TIDAK layak pun berpusu-pusu malah berebut-rebut-tidak-ingat-dunia utk ambil borang.

This is according to fellow blogger, Mr. KY Chua.

KY Chua said...

Haha, thanks for mentioning me. :D

faiz said...

nak try apply..kalo dpt rezeki la kan..

Carolyn (Lil' Dahling) said...

Do you think my sister a single parent can apply? But she's living with my mother, who is living off her pention.

de engineur said...

@faiz. Kalau ada rezeki jgn ditolak, bro!

@Carolyn (Lil'Dahling). So long as she has someone depending on her (can be children or parents) she'll definitely qualify. She can live under the same roof with another family and she'll still qualify.

||aLeaSaRa|| said...

singgah sini cari info BR1M hehehe.tqvm ye beri info yg lgkp :)

de engineur said...

@aLeaSaRa. Sama2, di harap info ini dpt m'beri manfaat kepada semua pembaca.

Carolyn (Lil' Dahling) said...

oh I'm glad to hear that. what about my mom? can she apply? she has her own pention and now receives my late father's pention too.

de engineur said...

@Carolyn. Your mom has to:
i) has someone depending on her (justify someone/anyone to be a dependent), or
ii) she is a senior citizen living alone, or
iii) she is currently a recipient of Senior Citizen Assistance (Skim Bantuan Orang2 Tua)

*fulfill any ONE of the above and she qualifies.

Her pension plus the money she receives from your late father's pension must not be more than RM3,000.

Words I heard from the briefing is, JUST APPLY/FILL-IN the Form & submit, let the system (the IRB computer) do the rest.