Friday, November 2, 2012

Download: Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia - BR1M 2.0

Selaras dengan pengumuman kerajaan berkenaan pengagihan bantuan rakyat 1Malaysia, BR1M kali kedua, borang permohonan boleh didapati secara online di laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Muat-turun borang (PDF) anda di sini: Borang Permohonan BR1M 2.0 (Borang BK-01 [1/2012] )




Borang ini lebih kurang sama dengan borang BR1M sebelum ini, BK-01[1/2011] tetapi telah dikemaskini untuk memasukkan tandanama BR1M 2.0 dan syaray-syarat tambahan.

Permohonan yang sudah dilengkapkan boleh dihantar bermula kelmarin, November 1, 2012 ke semua pusat-pusat pengagihan borang yang telah diwartakan.


Syarat-syarat yang sangat mudah

Syarat kelayakan permohonan BR1M 2.0 (dipetik dari muka depan Borang BR1M 2.0):
  1. Warganegara Malaysia
  2. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM3,000 dan ke bawah
  3. Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3,000 dan ke bawah
  4. Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
  5. Tidak termasuk pelajar yang menerima Baucar Buku 1Malaysia
  6. Sila kemukakan salinan MyKad / Kad Polis / Kad Tentera.

Sedikit nasihat: Sekiranya anda memenuhi mana-mana syarat mudah di atas, dan anda mempunyai soalan lanjut mengenai sama ada permohonan anda berkemungkinan ditolak, jangan berlengah. Kemukakan saja permohonan anda! Biar sistem yang menentukan layak tidaknya.

Anda juga boleh juga mendapatkan borang di semua Pejabat Daerah, kaunter LHDN, pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan, dan bagi anda yang tinggal berdekatan Kota Kinabalu dan Luyang, difahamkan LHDN ada membuka kaunter setempat di pejabat DBKK dan dewan DBKK Damai, Luyang.

Untuk pertanyaan, anda boleh menghubungi PUSAT KHIDMAT PELANGGAN (Nombor toll-free):

 1-800-88-5436

Selamat mengisi poket borang!

1 comment:

Unknown said...

Good information here. I will post these information to my facebook page. It is really very informative for others cheap hotels in dhaka