Kepada En. Phillipus dan Pn. Maria yang saya temui di Sabah Fest 2011 baru-baru ini, maaf kerana entri yang sangat lewat.
Mereka adalah antara peserta pameran yang sempat saya temu-bual ketika berlangsungnya Sabah Fest 2011 bertempat di Magellan Sutera Kota Kinabalu, Sabah.
Sabah Fest 2011 merupakan acara kebudayaan terbesar Sabah yang memaparkan kisah rakyat mengenai tujuh bersaudara bertajuk "Papakang: The Odyssey of Seven Brothers". Kisah ini menceritakan mengenai tujuh anak lelaki Nunuk Ragang, ketua Kampung Tompios di daerah Ranau, dan berkisar pada pengembaraan anak lelaki bongsunya Aki Lintobon ke seluruh pelusuk negeri untuk menyatukan keluarganya dan batu mistik papakang.
Replika gergasi tuod (banir) pokok Nunuk Ragang di Tompios, Ranau. Lagenda mengatakan kononnya di sinilah penempatan asal orang Dusun di Sabah, Borneo.
Saya sendiri tidak pernah mendengar cerita dongeng ini sehinggalah ia disebut semasa pesta kebudayaan Sabah tahun ini. Agak malang kerana tidak sempat menonton teater mengenainya kali ini. Difahamkan tiket-tiket dijual pada harga RM30 - RM50.
Saya setuju dengan kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun bahawa sudah tiba masanya orang ramai menerima kenyataan yang kita perlu membayar untuk menyaksikan persembahan kebudayaan; sama seperti kita membayar untuk menonton konsert nyanyian.
Koleksi gambar ini saya ambil di lobi pameran di luar dewan teater Magellan Sutera.
Ruang pameran yang eksklusif dan selesa.
Pn. Maria Mariana memperagakan pakaian tradisional suku kaum Murut
Corak lain pakaian tradisi kaum Murut
"Ngam kah?" - Pn Maria mesra melayan pengunjung yang ingin mencuba pakaian tradisi yang dipamerkan. Bagi pengunjung yang berminat, pakaian-pakaian tradisi tersebut adalah untuk dijual.
Modern Murut attire, kepunyaan Pn Maria di Lawas boleh dihubungi di telefon 019-8858157. Harga pakaian-pakaian tradisi beliau sangat berpatutan dan pada hemat saya lebih murah daripada beberapa butik pakaian tradisi di sekitar Kota Kinabalu.
Artis, Phillipus Jani memainkan sekasfon yang diperbuat daripada bambu. Beliau sudah bergiat dalam pembuatan peralatan muzik daripada bambu sejak beberapa tahun dan mempunyai syarikatnya sendiri, Bambuza Productions.
Beliau boleh dihubungi di somporingsabah@yahoo.com; beliau juga menyediakan khidmat sebagai artis pengiring (sekasfon) dalam acara-acara tradisi dan moden.
"Macam piano juga ni, bunyinya boleh di kasi tune macam Do Re Me" - rakan Phillipus dengan alat kulintangan gabang kayu (wooden xylophone) diperbuat daripada kayu ringan.
Kediaman unik - Replika sebuah Lepa yang merupakan rumah tradisi etnik Bajau (Semporna) sejak dahulu kala. Rumah kediaman yang cukup menarik perhatian.
Pameran lukisan daripada Galeri Seni Sabah.
"Jangan goyang-goyang aah" - Artis, IdaMan membuat demonstrasi live painting. Senyuman sentiasa terpampang di wajah beliau semasa melukis. Best!
Mantap...! - beberapa karya nukilan IdaMan.
Jumpa lagi di Sabah Fest 2012. Pesta tahun depan dijangka diadakan pada tarikh yang hampir sama.
6 comments:
Macam mana mau kontek itu pelukis? Orang sabah kah dia? I'm very impressed with his work. ngam2 sia tengah cari pelukis untuk lukis gambar kawin sia. Thanks in advance for your help.
Tu pokok Nunuk Ragang? bah. Betul betul kah tu?. Saya tidak pernah dengar oh. Ni 1st time saya dengar/nampak ni gambar.
Lain tahun kalau kami balik sana, for sure saya cari ni tempat.
Gunaqz - lupa pula tanya tu artis, but you can start with Sabah Art Gallery here: http://www.sabah.gov.my/artgallery/artists.htm
SJB - replika saja tu. Tapi tempat ni memang kena maintain, termasuk struktur berbentuk tunggul kayu tu
Thanks. btw, sia tau ni tempat. my mum gave me a piece of land at nunuk ragang. dia beli masa dia berkhidmat sebagai guru di sana. i love that place. cabtik. sungai pun besar. macam ngam untuk white water rafting.
Gunaqz.. nama tu Pelukis Man. Ko bleh cari dia di IdaMan Art Gallery, Lot B2, Laman Seni, Wisma Budaya, KK.(galery paling depan tu). bleh juga cari www.facebook.com/HusmanRazak.
Mcm mna mo buat babadon m piano tu
Post a Comment